Kesan politik Rampasan_kuasa_di_Thailand_2006

Rampasan kuasa oleh tentera bukanlah satu fenomena yang baik bagi kerajaan Thailand atau mana-mana negara dunia ketiga. Jarang berlaku rampasan kuasa tentera di negara maju. Rampasan kuasa di Thailand sepatutnya tidak berlaku lagi kerana sudah 56 kali terjadi rampasan di sana. Sepatutnya tentera Thailand serik untuk melakukan rampasan kuasa.

Gesaaan agar demokrasi dikembalikan segera haruslah didengar. Namun pengajaran dari sejarah di Indonesia, Pakistan dan Myanmar, tentera enggan melepaskan kuasa selepas berkuasa. Ada-ada sahaja alasan diberikan. Contohnya , rakyat masih belum bersedia menghadapi dan menerima sistem demokrasi.

Cara orang awam dan tentera mentadbitr sesebuah negara memang berbeza sama sekali. Dalam sistem ketenteraan . semua perkara adalah 'perintah'. Pada akhirnya sistem pentadbiran ala tentera ini menjurus kepada amalan rasuah yang lebih besar sebagaimana era Suharto di Indonesia. Jeneral Musharraf di Pakistan sentiasa tunduk kepada sekutu Amerikanya agar terus kekal di sana.

Sebagai sebuah negara yang menjunjung demokrasi sebelum ini , Thailand seharusnya tidak membenarkan kudeta.Perbezaan politik antara mereka harus dijelaskan dan diselesaikan secara aman dan mengikut prinsip demokrasi dan undang-undang.

Sekali lagi agama Islam akan dipersalahkan. Ini kerana Panglima Tentera Thailand tersebut beragama Islam. Islam selalu menjadi kambing hitam dalam kebanyakan situasi.

Berkaitan